Salam Perkenalan

Salam perkenalan kepada anda yang budiman. Buat pertama kalinya saya mempunyai blog yang diilhamkan oleh kaum kerabat. Merekalah yang mendorong saya menjadi seorang blogger. Kalau dulu saya memilih Opah Siber kali ini, saya memilih Kak TI, nama yang sering dipanggilkan orang rakan dan sahabat. Namun saya tetap opah yang meneruskan kehidupan di alam siber ini.

Secangkir kopi ini mengingatkan nostalgia saya bersama teman-teman redaksi SAJI dulu. Ahh.. terkenang sahaja secepat kilat memori manis-manis kelat berada di depan mata. Begitulah...Gembiranya saya kerana SAJI terus mengorak langkah dengan peneraju dan redaksi yang cukup awesome, hebat. Alhamdulillah.
Saya cuba berkongsi pandangan dengan kalian pengalaman saya sebagai pekerja, ibu dan opah yang seadanya untuk tatapan kalian. Saya cuba berbicara dengan aroma kopi sebagai ilham. Peminat kopilah pulak...

0 comments:



Post a Comment