Caldina 2.0ZT 2004/2010
13 years ago
Salam. Seorang teman bertanya apakah agaknya yang akan dilakukan sebaik sahaja bersara. Berniaga atau menjaga cucu. Saya tersenyum, sebabnya soalan itu membuat saya berfikir panjang. Berniaga tiada bakat. Jaga cucu rasanya tenaga sudah tidak seperti dulu. Bak kata Dr. M, `` You nampak ajer sihat tetapi sebenarnya seorang pesakit.'' Akur dengan kata katanya membuat hati terkedu juga.
Salam perkenalan kepada anda yang budiman. Buat pertama kalinya saya mempunyai blog yang diilhamkan oleh kaum kerabat. Merekalah yang mendorong saya menjadi seorang blogger. Kalau dulu saya memilih Opah Siber kali ini, saya memilih Kak TI, nama yang sering dipanggilkan orang rakan dan sahabat. Namun saya tetap opah yang meneruskan kehidupan di alam siber ini.